Aktivis PPIM Didakwa, Boy Iman Respon Alhamdullilah?

Walaupun tidak menyebutkan nama sesiapa status terbaru Boy Iman nampaknya menimbulkan polemik di laman sosial. 

Ini berikutan ada netizens yang menyangka bahawanya Boy Iman sedang menujukan status tersebut kepada Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi dan Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin yang pada hari ini telah hadir ke balai polis Kajang dan mahkamah atas dakwaan menceroboh premis perniagaan dan memotong pintu pagar milik syarikat AGR Trade Sdn Bhd pada Julai lepas.

Kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Majistret Kajang pagi tadi.

"Kau rasa apa yang aku rasa setelah kau menfitnah dan menganiaya aku. Allah tak pernah tidur! Alhamdulilah," katanya di halaman Facebook miliknya itu.



Sebelum ini atas desakan dan aduan orang ramai, PPIM telah berjumpa dengan Boy Iman dan Datuk Anggun bagi menyelesaikan isu tuntutan pemulangan wang kepada pembeli-pembeli rumah murah yang didakwa telah diperdayakan oleh syarikat yang dinaungi oleh mereka berdua.

Selepas insiden pertemuan itu menjadi kecoh kerana dimuatnaik menerusi Facebook dan menjadi bualan ramai pihak, Boy Iman kemudiannya ditahan reman dari satu balai ke satu balai berikutan lebih dari 100 laporan polis dibuat terhadap beliau di seluruh negara. 


Boy Iman Bersama Yusof Azmi
Mangsa-mangsa yang membuat laporan polis mendakwa telah ditipu dan dianiaya oleh syarikat DBI Properties apabila telah membayar sejumlah wang tetapi rumah yang dijanjikan tidak siap mengikut tempoh yang ditetapkan.

Tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizens menghina Boy Iman di status tersebut dengan mengelarnya sebagai belon, sampah, makan duit haram dan pelbagai lagi komen-komen yang tidak menyenangkan hati. - SoZPress.

Share this :

Previous
Next Post »