Anak Kucing Dikerat Dua Oleh Jiran.

"Masalah kalau ada jiran yang gila sakit mental. Anak kucing pun nak dibunuh. Habis anak kucing kami di potong-potong. Kalau ye pun tak suka kucing tak perlu seksa," luah Shakila Desmond di Facebook isnin lepas. 
Shakila turut berkongsikan gambar anak kucing itu yang mati selepas dikerat dua di Facebook beliau.

Anak kucing betina itu ditemui dibunuh secara kejam dengan dikerat dua bahagian sebelum bangkainya dibuang dihadapan rumah pemiliknya pada jam 8 pagi.
Kosmo pula melaporkan, pemilik kucing tersebut yang dikenali sebagai Mohammad Rosmawar, 30, berkata sebelum kejadian dia baharu hendak memberikan makanan kepada empat anak kucing yang diletakkan di dalam sangkar di halaman rumahnya. 

Katanya, situasi itu amat mengejutkan dirinya memandangkan tidak pernah bermusuh dengan mana-mana individu sejak menyewa di rumah terbabit setahun lalu.

"Semestinya, saya amat sedih apabila melihat salah seekor anak kucing itu diperlakukan sedemikian dengan separuh bahagian badan dan sebahagian kaki belakangnya telah dikerat sebegitu rupa.
"Mereka yang membunuhnya memang berhati kejam dan tidak berhati perut," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, pembunuhan kejam anak kucing itu jelas memberikan perasaan trauma kepada anak perempuan saya berusia lima tahun sehingga menjadi pendiam berikutan amat menyayangi anak kucing tersebut.
"Anak kucing tersebut adalah paling comel daripada tiga anak kucing yang lain," katanya.

Share this :

Previous
Next Post »