Bilangan Penagih Di Kelantan Meningkat, Pil Kuda Paling Laris.

Oleh : Bernama

Aktiviti penyalahgunaan dadah di Kelantan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 6,653 Orang Kena Pengawasan (OKP) direkodkan berbanding 4,410 OKP tahun lepas. 


Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Kelantan Rohayu Ahmad berkata jajahan Kota Bharu merekodkan jumlah OKP paling tinggi iaitu 1,476 orang diikuti Bachok (977 OKP) manakala golongan belia berusia 20 hingga 39 tahun merupakan pengguna dadah teramai. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Perangi Dadah Habis-habisan 2.0 bersama pemimpin masyarakat yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak Datuk Zawawi Othman. 

Rohayu berkata pil kuda merupakan dadah paling popular dalam kalangan penagih di negeri ini pada 84 peratus berbanding bahan terlarang yang lain. 

Sementara itu, Zawawi yang juga Ketua Umno bahagian Pasir Puteh dalam ucapannya berkata beliau akan menubuhkan skuad antidadah di setiap mukim terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri Semerak bagi membantu AADK membendung kegiatan yang kini menular di setiap kampung.

Share this :

Previous
Next Post »