Dah 3 Tahun Mat-Mat Bangla Ini Jadikan TBS Sebagai Rumah, Mana Penguatkuasa Soal Netizens.

Tular di laman sosial beberapa gambar yang merujuk kepada tindakan sekumpulan warga asing dari Bangladesh yang telah menjadikan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebagai rumah apabila mereka setiap harinya didapati tidur di Terminal berkenaan. 

Menurut individu yang berkongsikan gambar-gambar berkenaan, sekumpulan warga asing Bangladesh itu telah melakukan perkara tersebut sejak dari tiga tahun yang lepas.

"Beginilah suasana di TBS pada awal pagi. Ia menjadi tempat tidur berhawa dingin bagi warga asing terutamanya Bangladesh. Saya sudah perhatikan perkara sebegini sejak 3 tahun yang lalu". 

"Setelah diperiksa, mereka bukannya passenger bas yang baru sampai, tetapi sudah lama menjadikan TBS ini sebagai rumah mereka. Jika mereka baru sampai, mesti mereka memiliki bag pakaian yang besar. 

Di sini mereka tidur free, aircond free, toilet free dan siap ada guard lagi. Harap pihak berkuasa melakukan sesuatu agar tidak semak lagi mata memandang di samping menjaga imej negara," luah Zaini Che Azis di facebook beliau.



Kebanyakan netizens yang memberikan komen balas pula bersetuju dengan pandangan Che Zaini dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas bagi membanteras masalah tersebut.




Malahan ada juga pihak-pihak yang menyindir dan mengkritik tindakan kerajaan yang menjadi punca masalah kerana membawa warga asing masuk beramai-beramai sungguh pun peluang pekerjaan yang ditawarkan tidak setara dengan jumlah bilangan yang dibawa masuk.

Sebagai majikan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada pekerja-pekerja warga asing. Mengapa mereka dibiarkan menjadi gelandangan dan dibiarkan tidur di kawasan umum sehingga boleh menimbulkan persepsi tidak baik terhadap Malaysia di mata pelancong dan orang awam, kritik netizens lagi.- SoZPress

Share this :

Previous
Next Post »