Dari RM50 Kepada RM1000 - Kerajaan Naikkan Denda Lewat Daftar Kelahiran Anak Serta-Merta.

Pasangan yang gagal mendaftar kelahiran dan surat beranak anak mereka dalam tempoh 60 hari akan didenda sebanyak RM1,000, berkuat kuasa serta merta lapor Berita Harian Online sebentar tadi. 

Gambar - Metro
Turut dimaklumkan kadar denda asal ialah sebanyak rm50.00 sebelum dinaikkan sebanyak 950.00 bermula hari ini.
 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dipetik portal itu berkata, denda yang dinaikkan bukan bertujuan mengutip hasil, sebaliknya sebagai galakkan untuk ibu bapa agar tidak melengahkan pendaftaran kelahiran anak.

Katanya, pendaftaran kelahiran anak adalah perkara penting kerana kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan masalah untuk anak  termasuk kesulitan mendaftar MyKid serta persekolahan.

"Kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.

"Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan, mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta merta.

"Kerajaan menaikkan jumlah denda lewat daftar selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lalu.

"Ogos lalu, kita hanya menguatkuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan dari 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di hadapan pendaftar kelahiran," katanya.

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah, Kluang, Johor.

Share this :

Previous
Next Post »