Dua Lagi Anggota TLDM Lapor Polis Kerana Didera.

Selepas kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang disahkan sebagai mangsa penderaan ketika berada di bilik tahanan Pusat Komunikasi TLDM, Unit Sungai Wangi, Setiawan pada Jumaat lalu, polis mengesan terdapat dua lagi anggota lain turut mengalami nasib sama.

Memetik laporan portal Kosmo Online, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, kedua-dua anggota TLDM berpangkat Laskar Kelas 1 (LK1) cedera di abdomen dan masing-masing yang berusia 30 tahun telah membuat laporan polis semalam selepas mendakwa mereka juga mengalami nasib sama seperti rakan mereka yang meninggal dunia.
Menurut beliau, susulan laporan tersebut, polis menahan reman dua anggota polis tentera (Protela) masing-masing berusia 29 dan 37 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan seperti yang didakwa oleh dua anggota tentera berusia 30 tahun berkenaan.
“Perintah reman terhadap kedua-dua suspek itu diperoleh dari Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini (semalam),” kata beliau selepas sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Share this :

Previous
Next Post »