Expo Kerjaya Terbesar Atau Karnival Sahaja? Sampai Kena Beli Borang Luah Individu Yang Terkena.

Hari neh aku nak kongsi kejadian yang aku rasa paling tak patut dan malang buat ribuan pencari kerja. Seperti sedia maklum, hari neh (30 September 2017) ada pameran kerjaya yang terbesar di kawasan utara (katanya lah), yang dikelola oleh jobsifu.com. Jadi seawal jam 11 aku tengok kawasan park dah mulai penuh, dan aku jangka ramai graduan ataupun orang yang mencari kerja dah sampai ke tempat tu.. Bila sampai saja di perkarangan TH-Hotel, aku tengok dah ribuan org dah beratur panjang. Dah macam Mood Republik 😐.  .

Jadi aku terus ambik satu borang pendaftaran temuduga dan isi dibawah panas terik bersesak-sesak. Takpa, aku tengok muka sorang-sorang, dah macam nak pitam pon ada dan masing-masing berharap dapat masuk ke ruangan bersama panel penemuduga. Dan aku berjaya masuk dan akan melalui fasa kedua dimana calon akan disoal-jawab oleh seorang panel untuk 5 orang calon (satu meja bulat). Dan beberapa minit kemudian, kami diberi taklimat supaya menjaga adab bersama panel penemuduga, dan jawab dengan yakin apa yang disoal (entah dari mana panel tu kami pon tak tau).
Dan satu ayat keluar dari mulut si mamat yang announce tadi. Pada station 2, panel-panel akan interview kita dan mereka akan suggest 5 jobs yang paling sesuai dengan kita punya kriteria. SATU JOB SATU BORANG .. Dan kami kena BAYAR RM10 UNTUK SATU BORANG.. 5 BORANG BERSAMAAN RM 50!!!! Setiap borang tu kita kena isi bila masuk di station 4 iaitu untuk ke booth-booth yang ditawarkan. Aku tengok muka setiap calon yang menunggu dengan aku dah kecewa habis. Mana taknya, ada yang datang dari Penang, Perak, mai dengan family pon ada!! Sebelum neh tak dimaklumkan pon ada bayaran. Yaaa kalau maklum aku rasa berapa kerat ja yang mai kan. Cis taktik depa..
Dan setelah beberapa minit tunggu di luar bilik interview, kami dimaklumkan sekali lagi, dia cuba persuade kami dengan ayat, "Ok tuan-tuan, anda sebenarnya boleh membeli seberapa banyak borang temuduga syarikat yang anda ditawarkan, tapi kalau beli sikit, kecik lah peluang untuk anda dapat tawaran kerja. 
Jadi saya syorkan beli lah 5 atau 8 borang. Nanti banyak pilihan yang anda dapat sampai tak terpilih yang mana satu tawaran yang anda nak,(😂.  )".
"Dan bayaran Rm10 bagi setiap borang untuk kami post terus kepada pihak industri/syarikat yang anda ditawarkan tu,". (ok aku dah dapat baca teknik kru job sifu) (persuasive technic supaya orang rasa rugi tak beli borang tu banyak-banyak). 
Jadi aku terfikir, dah kalau macam neh better isi jobstreet, mau kerja, linked in dan banyak lagi website yang bukak job vacancy tu!!! Dan satu sen pon tak kena bayaran..
Dan aku cuba stay sebab nak tengok apa yang depa hidekan sebenarnya untuk persuade penganggur yang macam kami. Aku tak bayar satu sen pon sebab plan bila dah masuk nak beli satu borang ja, tak pon aku belah ja. Depa ingat kita bodoh. Aku tunggu sebab aku nak tengok apa situasi kat dalam. 
10 minit lepas tu, aku dan ramai calon-calon lain dibenarkan masuk terus ke lokasi booth, dengan harapan kot-kot ada lebih 5000 jawatan kekosongan 😌.. .
Bila dah masuk indah khabar dari rupa!! Yang banyak company jual insurance, kad prepaid prabayar, agen-agen syarikat, kiosk makanan dan jualan produk kosmetik. Ini lah 5000 jawatan yang tersedia hehe. Aku bukan nak salahkan company and kiosk-kiosk yang bukak kat dalam tu, sebab aku dapat maklumat yang depa pon tak clear dengan motif jobsifu. Hanya untuk memeriahkan suasana atau penuhkan vendor yang ada. 
Dan aku sempat temubual sorang brother yang bukak booth dalam tu, company dia hanya bukak permohonan kerja melalui online, dan sesetengah company nak cari hanya 1 calon untuk jawatan terbuka 😂.  Hahaha kau rasa?????
Indah kan khabarnya?? Dan aku terfikir, kesiannya calon-calon interview yang dah bayar rm50 sebelum neh, and depa balik dengan perasaan hampa. Depa tak fikir orang yang mai ke program dengan family pon banyak!! 
Mak ayah yang dah sakit lutut, sanggup jugak hantar anak datang temuduga jobsifu. Mak ayah yang tunggu anak-anak tengah panas, dan aku nampak ada jugak calon yang keluar untuk mintak duit kat family, semata-mata nak bayar duit borang kerja!!! Inikah nasib kami mahasiswa seMalaysia!!!
Rm50 weh kena bayar untuk dapat masuk?? Dan tawaran kerja tu belom tentu dapat pon. Apa motif bayar RM50??? Allahurabbi, jobsifu!!!! Hampa sunggoh kejam, hampa tak fikir orang mai jauh-jauh semata-mata nak tengok peluang kerja yang ada, nak ubah nasib keluarga. 
Yang hanya ada Rm20, 30, 40 dalam poket semata nak isi minyak mai ke program hampa!!!!!!! Iklan gah tak semena!! Lebih 5000 jawatan dan Ekspo terbesar di utara katanya!!!!! 
Aku rasa jobsifu dan company DBI sama ja kencingnya cuma modus operandi berbeza.. Iklan seantero dunia, seolah-olah peluang terbesar terpampang depan mata!! Tapi habuk pon tak ada.. Lepas neh aku harap pihak penganjur, tak perlu lagi letak iklan yang gah-gah. Aku tak kisah kalau hampa terus terang tak banyak twaran yang ada, dan yang paling tak guna bila hampa kenakan charge Rm50 semata nak terima borang tawaran kerja.
So aku rasa "jobsifu is not a jobfair, just like a carnival and funfair actually". Dan hampa boleh tengok depa dah tutup page sekarang.. Ayuh bangkit bersuara..
Sekian dari aku
Luahan hati tak terbela.

Share this :

Previous
Next Post »