Gambar-Gambar Tapir Mati Selepas Ditangkap Buat Netizens Marah.

Sudahlah dirampas rumahnya dengan projek-projek pembangunan tanpa henti sana sini sekarang kau robek-robek pula tubuhnya selepas kematiannya, manusiakah kita, itulah antara kritikan pedas netizens yang mengulas insiden tapir sesat masuk ke kawasan perumahan pada kelmarin.

Menurut Mohd Syahmi tapir itu tersesat masuk ke Taman Warisan yang terletak di Hulu Langat. Tapir yang tersesat itu ialah spesis Tapir Malaya iaitu spesis tapir yang hampir pupus kerana hanya tinggal di antara 1,500 hingga 2,000 sahaja di dunia ini.



Dan berlaku sedikit kesilapan semasa cuba menangkap tapir tersebut sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian mukanya, kata Syahmi lagi.

Bagaimanapun azab yang ditanggung tapir itu tidak berhenti disitu. Binatang itu kemudiannya dilaporkan telah mati dan apa yang lebih teruk ialah beberapa bahagian badannya telah dirobek-robek oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.



Netizens turut mempersoalkan mengapakah Jabatan Perhilitan tidak dipanggil untuk menangkap tapir tersebut kerana menurut mereka menangkap binatang bukan skop tugas pihak bomba. 

Pihak bomba tidak dipersalahkan netizens kerana mereka memahami pihak bomba hanya menjalankan tugas selepas aduan diterima sebaliknya netizens menyalahkan pihak yang tidak mengadu kes kepada Jabatan Perhilitan sehingga menyebabkan spesis binatang yang hampir pupus itu mati dalam keadaan yang terseksa.


Reaksi netizens
 

Respon PERHILITAN 

Dalam pada itu JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memandang serius kes seekor tapir mati dipercayai akibat penggunaan kaedah pengendalian penyelamatan kurang sesuai dalam kejadian di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat, kira-kira 1.30 pagi semalam. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tapir berkenaan dipercayai mengalami keletihan dan tertekan apabila dijerut di bahagian leher ketika diselamatkan seterusnya menyebabkan haiwan itu mati. 

Katanya, orang awam tidak sepatutnya mengambil tindakan sewenang-wenangnya menyelamatkan haiwan seperti tapir yang tersenarai sebagai spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Akta 716, sebaliknya mereka perlu menghubungi PERHILITAN.

Menurut Abdul Kadir lagi, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kes itu berikutan mendapati ada bahagian badan haiwan itu iaitu kulit, telinga, kaki kanan hadapan dan belalai dipotong. 

Katanya, individu mengambil bahagian hidupan itu boleh disabitkan di bawah Seksyen 68 dan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - SoZPress.



Share this :

Previous
Next Post »