Haram, Murtad Kata Abu Syafiq Pada Kassim Ahmad - Mufti Perak Kata Hormati Si Mati..

Haram dan murtad!.

Itulah hukuman keras yang dilontarkan ke atas Kassim Ahmad meskipun tidak menyebut sebarang nama di dalam status Facebook yang dimuatnaik oleh agamawan itu pada pagi tadi.


"Haram solat jenazah keatas Anti Hadith ini.. Dan haram juga mendoakan keampunan keatasnya.. Si murtad ini tidak boleh dikuburkan di tanah perkuburan orang Islam. 

"Si anti Syahadah kedua ini bukan sahaja terus kekal dengan menafikan Syahadah Kedua dalam perjuangannya bahkan mati di atas menolak Syahadah Kedua. Semoga dia rasa balasannya," tulisnya di status berkenaan.

Bagaimanapun rata-rata netizens yang memberikan komen di status itu tidak bersetuju dengan ahli agama itu. Menurut mereka hukuman yang dikenakan terlalu keras apatah lagi si mati telah tiada. 

Malahan ada pihak yang mempersoalkan kenapa tiada mana-mana agensi agama pernah mengisytiharkan Kassim Ahmad telah murtad dan ditangkap seperti tertangkapnya Ayah Pin.

Adakah kuasa hukum Abu Syafiq melebihi dari badan berauthoriti itu sendiri, soal netizens.

Hormati si mati kata Mufti Perak

Dalam perkembangan yang berkaitan, orang yang sudah meninggal dunia perlu dihormati dan apa yang dilakukannya ketika hidup hanya berhak dihakimi Tuhan, kata Mufti Perlis Harussani Zakaria hari ini seperti dilaporkan portal beritadaily.com

Gambar - Kassim Ahmad
Kenyataan itu dikeluarkan apabila diminta mengulas catatan Facebook Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam yang dilihat banyak pihak seperti menyindir cendekiawan Islam Kassim Ahmad yang baru sahaja meninggal dunia. 

“Kita perlu hormati mereka yang sudah meninggal. Apa yang dilakukannya hanya Tuhan boleh menghakiminya. Kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya, kerana itu kita perlu berfikir yang baik-baik tentangnya

Siapa tahu jika dia sudah bertaubat dan siapa tahu jika dia berjaya ucapkan syahadah sebelum meninggalkatanya.  

“Selaku orang Islam kepada orang Islam yang lain, kita perlu fikirkan yang baik-baik tentang Allahyarham Kassim Ahmad,” kata lagi seperti dalam laporan tersebut. - SoZPress.

Share this :

Previous
Next Post »