Kenapa Dia Senyum? Didakwa Bunuh 4 Sekeluarga, Lawak Ke?

Seorang pemandu treler menimbulkan kehairanan orang awam di galeri awam apabila dia masih mampu tersenyum walaupun berada di kandang tertuduh kerana berdepan dengan pertuduhan menyebabkan kematian empat beranak termasuk seorang bayi berusia 13 hari di Mahkamah Majistret di sini semalam. 


Bagaimanapun, Ismail Mohammad Zain, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Rosly Mohamed Nawi. 

Terdahulu, sewaktu nama*nya dipanggil oleh jurubahasa mahkamah untuk memulakan prosiding, Ismail yang duduk di galeri awam tersenyum sebelum dia masuk ke kandang tertuduh.Sepanjang berada di kandang tertuduh, lelaki itu sekali-sekala dilihat tersenyum dan sikapnya itu menimbulkan kehairanan sebilangan orang awam yang berada di galeri awam. 

Ismail dari Manek Urai, Kuala Krai dekat sini turut tersenyum ke arah wartawan yang mengambil gambarnya ketika lelaki itu diiringi polis mahkamah untuk membayar wang ikat jamin lapor Kosmo Online.

Share this :

Previous
Next Post »