Mitos Durian Belanda Sebagai Ubat Kanser.

Beberapa minggu lepas saya terlihat ketika pulang ke rumah ada orang yang menjual durian belanda di tepi jalan dan mengaku pelbagai khasiatnya kepada pelanggan. Malah daun durian belanda itu dijual pada harga RM 5 sehelai! Ramai pula membeli daunnya! 


Mitos berkenaan durian belanda/sirsak/soursop/Graviola ini sebenarnya sudah agak lama berkisar di media sosial. Pada mulanya saya malas hendak mengulas namun semalam saya telah ditag oleh seorang sahabat di sebuah video yang memaparkan seorang ustad yang sedang memberi ceramah agama dan memberitahu maklumat2 tidak benar berkenaan durian belanda ini kepada penonton.
Ini saya kira adalah bahaya kerana masyarakat kita mudah mempercayai agamawan dan maklumat yang mereka sampaikan dianggap sebagai sahih. Almaklumlah...takkanlah ustad nak menipu?
Tetapi sahabat2 semua harus sedar, Allah SWT menyuruh kita bertanya kepada mereka yang ahli seandainya tidak mengetahui. Agamawan mungkin ahli di dalam bidang agama tetapi bidang perubatan ini adalah bukan bidang mereka. Ia seumpama anda bertanya tentang sains nuklear kepada seorang fesyen designer. Bidang yang cukup berbeza bagai langit dan bumi!
Kita semua mahu memerangi kanser dan sedang aktif mencari penawarnya. Namun itu bukanlah lesen bagi kita mendakwa yang bukan2 terhadap sesuatu perkara yang tidak terbukti malah boleh membawa kesan sampingan yang serius.
Durian belanda dan ekstraknya didakwa mampu mengubati kanser dan pelbagai dakwaan yang lain. Antaranya, ia didakwa mampu:
1. Menyerang sel2 kanser dengan selamat dan efektif secara semulajadi tanpa menyebabkan rasa loya, kehilangan berat badan dan keguguran rambut seperti kemoterapi.
2. Melindungi sistem imun badan (avoid immunosuppression) dan mengelakkan risiko jangkitan berbahaya.
3. Berasa lebih kuat dan lebih sihat sepanjang perawatan dengan durian belanda berbanding kemoterapi.
4. Menambah tenaga dan keceriaan.
5. Mensasarkan secara efektif dan khusus pembunuhan sel2 kanser termasuk kanser kolon, pankreas, payudara dan prostate tanpa membunuh sel2 yang sihat/normal.
6. 10,000 kali lebih berkesan berbanding Adriamycin, sejenis ubat kemoterapi moden yang biasa digunakan.
Sehingga kini kajian saintifik bagi menguji keberkesanan durian belanda dan ekstraknya hanya merupakan keputusan ujian makmal (in vitro) kecil yang dijalankan secara tabung uji dan juga ke atas tikus makmal. Tiada bukti saintifik keberkesanannya terhadap manusia sehingga kini. Dose eksperimental 200mg/kg yang digunakan itu adalah merupakan dos bagi tikus dan dos sebenar bagi manusia tidak diketahui dan sudah pastinya jauh lebih tinggi.
Bagi membolehkan sesuatu ubat itu digunakan secara klinikal, ia perlu melepasi tapisan ujian2 yang membuktikan ia berkesan dan selamat penggunaannya buat manusia. Kajian haiwan dan tikus adalah jauh sama sekali boleh dijadikan penanda aras bahawa ia selamat dan berkesan terhadap manusia. Kita bukan haiwan dan tikus. Sistem anatomi dan fisiologi kita adalah berlainan.
Dakwaan bahawa pengambilan durian belanda dan ekstraknya menambah tenaga dan sebagainya adalah merupakan sesuatu penilaian testimonial yang subjektif. Meminum satu tin 100 plus juga mampu menambah tenaga pada tubuh sesetengah orang. Ia tidak boleh dijadikan hujah keberkesanannya melawan kanser.
Dakwaan kononnya durian belanda adalah 10,000 kali lebih efektif berbanding ubat kemoterapi seperti Adriamycin juga adalah merupakan satu dakwaan yang mengelirukan dan tidak disokong dengan pembuktian saintifik yang pasti. Dari mana datangnya figure 10,000 kali lebih berkesan juga tidak saya ketahui kerana hasil carian saya di journal2 medical tidak menemuinya.
Hujah yang mengatakan durian belanda adalah lebih baik kerana ia adalah produk semulajadi dan bukan seperti ubatan moden yang merupakan racun kimia sintetik juga ternyata adalah tidak benar. Adriamycin yang dibandingkan dengan durian belanda ini misalannya adalah bersumber dari bakteria semulajadi yang hidup di dalam dahan kayu pokok Taxus brevifolia. Begitu juga ubat2 kanser yang lain yang kebanyakannya bersumber dari sumber2 semulajadi seperti tumbuh2an.
Apa yang pasti, durian belanda dan ektraknya juga mengandungi kandungan annonacin yang tinggi. Jika diambil pada kuantiti berlebihan (3-8mg/sehari), ia boleh menyebabkan gangguan saraf seperti penyakit Parkinson. Ia juga boleh menyebabkan kematian sel2 badan dengan mengganggu proses penghasilan ATP yang merupakan sumber tenaga untuk hidup bagi sel2.
Durian belanda dan ekstraknya sebagai pengubat kanser dan kononnya 10,000 kali lebih berkesan daripada kemoterapi adalah merupakan dakwaan tidak berasas sama sekali.
Ia malah berpotensi menyebabkan kemudaratan seperti penjelasan di atas.
Golongan ustad dan penjual produk berkaitan perlulah berhenti dari menyebarkan maklumat yang mengelirukan masyarakat dengan dakwaan2 palsu yang tidak terbukti. Apakah anda tidak takut akan dosa membunuh manusia?

Share this :

Previous
Next Post »