Pahang Siasat Gelaran 'Datuk' Boy Iman.

Kerajaan Negeri Pahang sedang menyiasat gelaran Datuk yang disandang Boy Iman atau nama sebenarnya Datuk Norul Iman Abd Rahman yang sedang menjadi topik hangat apabila dia ditangkap polis berkenaan isu syarikat perumahan miliknya.

Menurut Datuk Seri Muhammad Safian Ismail yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri, pihaknya sedang melakukan semakan sama ada Pengarah Urusan DBI Properties tersebut merupakan penerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari Istana Pahang.

"Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan.

"Jika benar gelaran itu diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara," katanya ketika ditanya mengenai gelaran Datuk membabitkan Boy Iman.

 

Terdahulu, Boy Iman dipercayai mendakwa menerima pingat dari Istana Pahang sekaligus gambarnya memakai pingat kebesaran itu tular di laman sosial.

Boy Iman bersama dua lagi suspek utama ditahan di Ampang dan Setapak, Kuala Lumpur, dua hari lalu bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah ditawarkan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Sumber : Harian Metro

Share this :

Previous
Next Post »