Pengasas YTL Meninggal Dunia.

Bilionair dan pengasas konglomerat YTL Corporation, Tan Sri Yeoh Tiong Lay meninggal dunia hari ini pada usia 87 tahun lapor Utusan Online

Yeoh Tiong Lay
Laporan itu turut menyebut satu pengumuman rasmi dijangka dilakukan oleh ahli keluarganya pada pukul 5 petang ini. 


Yeoh menubuhkan YTL pada 1955 sebagai sebuah syarikat pembinaan sebelum berkembang maju menjadi konglomerat yang memiliki perniagaan di dalam sektor teknologi, perhotelan, utiliti, pembinaan dan pengurusan hartanah. 

Mendiang merupakan bapa kepada Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping yang kini merupakan Pengarah Urusan kumpulan YTL. 

Menurut Forbes, Yeoh dianggarkan memiliki kekayaan kira-kira RM8.2 bilion, meletakkan dirinya sebagai orang ketujuh paling kaya di Malaysia.

Share this :

Previous
Next Post »