Sebar Info Palsu Burukkan Kakitangan Hospital, HKL 'Tibai' Kaw-Kaw Agent Insurans Ini.

Kenyataan Media Hospital Kuala Lumpur
Tuduhan Palsu Viral Agen Insurans Prudential Mengenai Rawatan Kebakaran Kepada Pesakit Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur Lebih Teruk Dari Binatang
Hospital Kuala Lumpur menafikan semua tuduhan pemilik laman Facebook “Niki Abdul Kadir” yang telah menjadi tular di laman-laman media sosial pada 21 Oktober 2017 yang lalu (lampiran halaman Facebook disertakan untuk rujukan).
Kenyataan yang dilemparkan di halaman tersebut adalah tuduhan palsu dan telah mencemarkan imej Hospital Kuala Lumpur sebagai Pusat Rawatan Kebakaran di negara ini yang merawat pesakit luka bakar dan kelecuran yang dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Pada tahun 2016 sahaja, Hospital Kuala Lumpur telah menerima lebih 150 kes untuk rawatan tersebut.
Screenshot
Pesakit kanak-kanak yang dimaksudkan di dalam kenyataan agen insurans adalah kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang telah melecur 10% kerana terkena air panas (air rebusan ketupat) pada kejadian di rumahnya bertarikh 21 September 2017 jam 3.00 petang. Selepas kejadian, pesakit dibawa ke Hospital Az Zahrah dan seterusnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama. Setibanya di Hospital Kuala Lumpur, beliau telah diberikan rawatan segera di bawah pengurusan Unit Rawatan Kebakaran Institut Pediatrik, dan turut dirujuk kepada disiplin-disiplin yang lain kerana rawatan kebakaran memerlukan pendekatan secara holistik dan multidisiplin untuk mengoptimakan perawatan.
Pesakit telah diberikan rawatan sewajarnya iaitu cucian luka di wad mengikut rutin yang telah ditetapkan oleh pakar yang merawat termasuk pembersihan luka (wound Debridement) yang dijalankan di bilik pembedahan dengan pembiusan (under GA). Selain itu, pesakit diberikan ubat tahan sakit secara berkala dengan ubat-ubatan yang bersesuaian di wad bagi memastikan pesakit selesa. Antibiotik juga diberikan untuk menghindar dan merawat jangkitan kuman. Adalah mustahil pesakit tidak merasa sakit mahupun trauma akibat kelecuran tersebut, namun dengan rawatan dan ubat tahan sakit yang diberikan mampu mengurangkan kesakitan tersebut sebagaimana aspirasi “Pain Free Hospital” yang menjadi matlamat utama Hospital Kuala Lumpur.
Pakar Perubatan yang merawat telah menetapkan satu tarikh untuk pesakit menjalani ‘Superficial Skin Grafting’, namun waris pesakit memilih untuk didiscaj sebelum tarikh prosedur tersebut untuk mendapatkan rawatan susulan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) kerana mahukan keselesaan terutamanya untuk waktu lawatan. Mengikut protokol Unit Rawatan Kebakaran, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, hanya ibubapa/penjaga sahaja yang dibenarkan melawat dan hanya ibu atau penjaga wanita sahaja yang dibenarkan menjaga pesakit di wad. Ibubapa juga tidak dibenarkan berada di bilik rawatan semasa prosedur dijalankan. Protokol ini perlu mereka patuhi bagi memastikan persekitaran wad sentiasa bersih untuk mengurangkan jangkitan kuman kepada pesakit lain yang juga menerima rawatan kebakaran dan kelecuran di unit tersebut.
Pada 12 Oktober 2017, pesakit telah didiscaj dan seterusnya menyambung rawatan di SJMC setelah Pakar SJMC bersetuju menerima pesakit tersebut. Keadaan luka pesakit adalah bersih dan bertambah pulih semasa discaj.
YBHG. DATO’ DR ZAININAH MOHD ZAIN
PENGARAH
HOSPITAL KUALA LUMPUR

Share this :

Previous
Next Post »