Bahaya Aplikasi Bigo Live Yang Anda Patut Tahu.

Assalammualaikum WRWB. Sebenarnya mula aku serba salah aku nak share tentang benda ni sebab risau bila aku share, ramai plak yang terjebak, haha. Tapi apa pun, perkara ni tetap wajar dikongsi untuk pengetahuan bersama. Okay, sama macam korang semua, aku pun dah tengok video dua artis yang kantoi buat aksi tak senonoh melalui BIGO tu. Padan muka aku tambah dosa tengok video gitu, tapi sebab rasa curious kuat sangat kan. Anyway, aku bukan nak ajak korang ngumpat pasal dua orang artis tu. Lantak la depa kan, kalau dah nama artis, takkan expect depa berperangai macam ustaz ustazah plak kan.
Satu perkara yang aku pelik – dalam video tu salah seorang artis beriya menggunakan tangan untuk cover skrin bagi menutup muka seorang lagi artis. Aku pelik – kenapa tak offline je? Kemudian baru la aku dapat tahu – rupanya artis tu taknak offline sebab nk kejar BEANS. BEANS ni adalah salah satu kemudahan melalui apps BIGO ni. So ini yang aku nak discuss ni.
Pada korang yang tak tahu pasal BIGO ni, BIGO ni adalah apps yang membolehkan kita buat live-feed – kiranya macam kita buat live TV la. Tapi sedihnya BIGO ni kini dah jadi medium kepada individu-individu kemaruk perhatian – khususnya wanita – untuk menjaja diri depa. Jadi kalau kita bukak BIGO ni, dah jadi benda biasa untuk lihat perempuan-perempuan ni buat aksi-aksi gedik. Ada yang buat aksi acah-acah comel dan cun. Ada yang menari. Ada yang berpakaian….hmmm paham-paham la. Wait for it, perempuan-perempuan kemaruk perhatian ni bukan sekadar kejar pujian daripada lelaki-lelaki gersang je ya…. Rupanya depa also kejar duit.. BEANS yang aku cakap tadi adalah umpama POINTS yang boleh dikumpul untuk dapatkan duit dalam bentuk USD. Maka terjawablah persoalan aku awal tadi, mengapa artis tu tak offline BIGO Live dia pada masa tu. Nak kejar BEANS rupanya. Nampak tak betapa mudahnya maruah anak-anak gadis kita boleh dijaja sesuka hati.
So pada rakan-rakan di luar sana, terjahlah gadget adik dan anak anda, check kalau depa ada install benda ni. Dulu kita risau dengan WeChat, sekarang nah, ada app yang jauh lebih bahaya. Ye, benda-benda ni sebenarnya boleh saja digunakan untuk tujuan yang sihat, tapi barang apa pun kalau dah sampai ke tangan orang jahil, dah sah tujuan yg buruk jugak benda tu digunakan.
Terlanjur bercerita tentang WeChat, check jugak kalau adik dan anak anda ada install Tinder, Beetalk. Apps begini lagi teruk daripada WeChat sebab boleh reach lebih ramai potential victims. Apa pun, aku tulis ni dengan harapan kita tak tewas dengan teknologi media sosial ni. Kalau ada pembaca yang end up install apps ni untuk perkara tak baik, dosa tanggung sendiri ya.
– Muhammad I

Share this :

Previous
Next Post »