"Bayangkan Jenazah Yang Terbujur Kaku, Keluarga Tiada Wang Untuk Menguruskan.."

Oleh : Haris Alimudin
Sepanjang menjalankan kerja-kerja sosial, tidak pernah saya 'terpukul' seperti hari ini. Saya tidak tahu harus bermula di mana. 
Selepas Mesyuarat Berkenaan Ketanpanegaraan di Sabah di sebuah hotel, kami membawa beberapa pegawai tinggi kerajaan dan NGO untuk melihat sendiri keadaan sebuah sekolah stateless di sebuah kawasan setinggan. Saya dan beberapa yang lain bergerak sejam awal.
Ketika menunggu ketibaan rombongan di sebuah pondok jualan, saya melihat seorang makcik menangis, tanya bertanya keadaannya. 
'Anuu..tuan, baru saja mati anakku. 12.30 tadi'. Saya lantas melihat jam, baru pukul 1.00 tengahari.
Dia menyambung dia sedang meminjam telefon jirannya untuk menghubungi suaminya di tempat kerja supaya dapat meminjam wang bagi urusan pengkebumian.

Terkaku dan terdiam. Itu sahaja yang saya dapat katakan. Selesai lawatan ke sekolah berkenaan, saya, Yunizam Yusop dan Padaedi Sandakan beberapa yang lain menziarahi rumah makcik tadi.
Sekali lagi saya terkaku apabila melihat jenazah diletak diatas lantai, hanya beralas cadar lusuh dan jenazah ditutup dengan kain langsir berwarna merah jambu. Allah..
Di sebelah jenazah, sang isteri sedang membuai bayi yang baru sahaja menjadi yatim. Usianya satu setahun dua bulan, dan sedang lena di tepi jenazah ayahnya.
'Bila mau dikubur?' Itu sahaja soalan yang terlintas di benak.
'Mau jugak tuan, tapi duit kami, ada sahaja 65 ringgit, tidak kami dapat meminjam sama mandor lakiku. demi Allah tuan...'
Bayangkanlah, jenazah yang terbujur kaku, keluarga yang sedang buntu mahu mencari wang untuk membeli kain kafan dan urusan mengkebumi...

Kami hulurkan sedikit wang, hasil sumbangan yang dikumpul beberapa orang, saya berpesan kebumikan segera dan tidak perlu buat kenduri.
Saya usap kepada bayi yatim sebelum meminta diri..
Semoga Allah mengampuni dosa kami yang tidak mampu membantu saudara seagama kami...

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »