Gambar-Gambar Lautan Manusia Memenuhi Ikea Tebrau.

Meskipun kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak pada semalam, ia tidak menghalang lautan manusia membanjiri pembukaan cawangan Ikea terbaru yang terletak di Tebrau, Johor.

Beberapa pengguna media sosial berkongsikan gambar-gambar situasi semasa di Ikea Tebrau sempena pelancaran pembukaan sulungnya bermula hari ini.


"Ikea Johor Bharu hanya dibuka sehari sahaja. Lepas ini akan ditutup buat selama-lamanya. Marilah beramai-ramai kita meruntuhkan terus sambil melupak
an harga minyak yang naik malam tadi," tulis pentadbir kumpulan yang menggunakan nama Orang Kota - Tinggi.

Perkongsian maklumat dari Sheila Sds Grewal pula memaklumkan jalanraya yang menuju ke Ikea Tebrau kini sedang mengalami kesesakan yang teruk.

Laluan masuk Ikea sesak teruk
Nizam Malek pula menulis, "Suasana pagi ini di Ikea Tebrau Johor. Harga minyak naik 7 sen. Kos sara hidup meningkat. Tapi kenapa orang ramai masih beratur nak berbelanja?," soalnya.


Ini menurut Nizam ada 3 faktor yang mempengaruhi lambakan pengguna di Ikea Tebrau. Tiga faktor tersebut ialah kuasa jenama, manusia membeli kerana emosi dan online sosial proof.

"Pertamanya, kuasa jenama perniagaan yang menarik pelanggan. Kuasai jenama jika hendak perniagaan kekal berpermintaan walaupun ekonomi dunia sedang slow. 

Keduanya, manusia membeli bukan kerana faktor EKONOMI! Manusi membeli kerana faktor EMOSI. Faham hakikat ini jika anda seorang enterpreneur yang ingin mempertahankan perniagaan anda. 

Dan yang terakhir, Online Social Proof. Kita tidak dapat lari dari dunia digital hari ini. Gambar dan video orang yang hadir ke Ikea membangkitkan keinginan orang lain untuk datang juga. 

Tak pelik kalau orang luar Johor datang ke Ikea Tebrau setelah melihat gambar dan video orang lain seronok membeli perabot di Ikea Johor. Ini zamannya, the power of Online Social Proof," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. 

Dalam gambar-gambar yang dikongsikan, terlihat walaupun terpaksa berpanas dan beratur panjang, pengguna tidak melepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai ke Ikea Tebrau.

Perkara itu dijadikan modal untuk menyindir sesetengah pihak oleh page troll terkenal, si Rashid.


Manakala penyokong BN menggunakan kebanjiran rakyat di Ikea Tebrau sebagai bukti dan hujah bahawanya rakyat tidak terjejas ataupun terkesan dengan kenaikan harga minyak dan mampu menyerap kenaikan kos sara hidup dan pelaksanaan GST apabila turun beramai-ramai untuk membeli perabot di Ikea.

Turut difahamkan Ikea menawarkan 1,000 goodies bags dan jualan murah atas beberapa produk perabotnya sempena pembukaannya di Tebrau.


Dan berikut adalah gambar-gambar sekitar Ikea Tebrau sempena pelancaran pembukaannya pada hari ini.







Gambar kredit : Orang Kota - Tinggi, Nizam Malek, Facebook dan Twitter.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »