Ini Jawapan PDRM Kenapa Jalan Sungai Petani - Jalan Kuala Ketil Hanya Dibenarkan Had Laju 60km/j.

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS KEDAH
BERKAITAN VIDEO TULAR DI DALAM FACEBOOK PENDUDUK SUNGAI PETANI YANG TIDAK BERPUAS HATI TERHADAP TINDAKAN PENGUATKUASAAN POLIS TRAFIK DI LOKASI JALAN SUNGAI PETANI/ JALAN KUALA KETIL, PIHAK PDRM INGIN MENJELASKAN BAHAWA SEPANJANG TAHUN 2017 TERDAPAT 339 KES KEMALANGAN DAN 5 KEMALANGAN MAUT TELAH DICATATKAN DISEPANJANG JALAN SUNGAI PETANI KUALA KETIL YANG JARAKNYA CUMA 17 KM. BERDASARKAN STATISTIK BERIKUT, TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH PDRM KEDAH HARUS DILAKUKAN BAGI MENGURANGKAN KEMALANGAN DAN MEMBERI PERINGATAN KEPADA PESALAH YANG MELANGGAR LALULINTAS.

TINDAKAN PENGUATKUASAAN DENGAN CARA MENINGKATKAN KEKERAPAN RONDAAN DAN OP HAD LAJU TELAH DIBUAT MULAI PERTENGAHAN BULAN OKTOBER 2017. PIHAK PDRM JUGA INGIN MENJELASKAN BAHAWA TERDAPAT 4 TANDA AMARAN HAD LAJU 60 KM/JAM DI SEPANJANG LOKASI JALAN SUNGAI PETANI/ KUALA KETIL. LOKASI OP PANDU LAJU YANG DIBUAT JUGA ADALAH BERDEKATAN DENGAN KAWASAN SEKOLAH IAITU LEBIH KURANG 30 METER DARI SEK JENIS KEB (T) LADANG KUALA MUDA DAN 100 METER DARI SIMPANG KAMPUNG JERUNG. JUGA TERDAPAT 2 TANDA AMARAN DI KIRI DAN KANAN JALAN (AWAS KENDERAAN LADANG MELINTAS). ZON OPERASI JUGA MERUPAKAN JALAN BERKEMBAR DAN DILETAKKAN TANDA AMARAN ZON OPERASI KAMERA SEBELUM OPERASI DI BUAT. DISERTAKAN JUGA GAMBAR YANG MENUNJUKKAN PAPAN TANDA HAD LAJU DAN AMARAN YANG DINYATAKAN.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LALULINTAS YANG DIBUAT ADALAH BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN SEMUA PENGGUNA JALANRAYA DI MALAYSIA. UNDANG-UNDANG YANG DIGUBAL, DILULUSKAN DAN SETERUSNYA DIWARTAKAN AKAN DIKUATKUASAKAN OLEH AGENSI PENGUATKUASA YANG BERTANGGUNGJAWAB. PIHAK PDRM JUGA MENASIHATI PENGGUNA ATAU ORANG KENA SAMAN (OKS) TIDAK BERSETUJU DENGAN SAMAN YANG DIKELUARKAN, RAYUAN ATAU PEMBELAAN BOLEH DIBUAT DI MAHKAMAH.
PIHAK PDRM JUGA TELAH MENCADANGKAN KEPADA PIHAK JABATAN KERJA RAYA (JKR) DAERAH KUALA MUDA UNTUK MENAMBAHKAN LAGI PAPAN TANDA AMARAN 60 KM DI TEMPAT YANG SESUAI UNTUK MEMBERI PANDUAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA MENGENAI HAD LAJU YANG TELAH DITETAPKAN DI SAMPING PAPAN TANDA AMARAN KAWASAN KEMALANGAN.
CP DATO’ ASRI BIN YUSOFF
KETUA POLIS KEDAH

Share this :

Previous
Next Post »