Jason Lo Nafi Ditahan Kerana Dadah (Kemaskini).

Kemaskini : 10 November 2017 Jam 12.55 pagi.

Bukan kerana memiliki dadah. Itulah penafian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat Telekomunikasi Tune Talk, Jason Lo apabila diminta untuk mengesahkan laporan media bahawanya beliau ditahan dua minggu kerana memiliki dadah di lapangan terbang Dubai.


Memetik laporan The Edge Market, Jason Lo mengakui beliau ditahan di Dubai bagaimanapun kerana insiden pergaduhan yang tercetus ketika beliau selamat tiba di Dubai ketika itu.

"Ini cerita sebenarnya. Saya tiba di Dubai, ketika di lapangan terbang kawan saya cuba menghentikan pergaduhan. Kemudiannya dia (kawan) dipukul dan saya pula cuba menghentikan lelaki itu.

Rupa-rupanya lelaki yang saya halang itu ialah seorang polis pengintip. Saya ditahan ke dalam penjara, manakala lelaki itu pula dengan sengaja melengah-lengahkan untuk memberikan keterangan selama beberapa minggu. Ianya teruk. Bagaimanapun tidak seteruk apabila mendapat perkhabaran (spekulasi) kononnya saya ditahan atas sebab yang tak berkaitan pula," katanya kepada wakil media itu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana kesalahan memiliki dadah, September lalu. 

Gambar Hiasan - Google
Laporan itu menyebut, sumber yang tidak dinamakan memberitahu CEO yang ditahan itu bagaimanapun sudah dihantar pulang ke Kuala Lumpur Selasa lalu selepas selesai menjalani hukuman di negara berkenaan. 

"Individu terbabit menjalani hukuman di Penjara Pusat Al-Aweer. 

Dia ditahan pihak berkuasa UAE pada 18 September lalu sebaik tiba dengan penerbangan dari Amsterdam, Belanda," kata sumber tersebut, memetik laporan portal itu. 

CEO itu turut dilaporkan ditahan selama dua minggu selepas sejumlah dadah ditemui berada di dalam bagasinya.

"Dia kemudian ditahan selama dua minggu di Pusat Tahanan Lapangan Terbang untuk siasatan lanjut.

Selepas dua minggu, CEO berkenaan dipindahkan ke Penjara Pusat Al-Aweer, Dubai untuk menjalani hukuman," kata laporan itu lagi. 

Dalam perkembangan yang berkaitan, identiti CEO syarikat telekomunikasi yang ditahan kerana dadah di Dubai masih terus menjadi misteri.

Siasatan yang dilakukan oleh portal Free Malaysia Today memaklumkan polis Dubai ketika dihubungi enggan memberikan butiran, cuma meminta pihak media itu menghubungi mereka “melalui saluran diplomatik”.

Manakala pemeriksaan yang dilakukan oleh wakil media itu dengan Wisma Putra tidak menemukan sebarang jawapan, begitu juga dengan polis dan Kementerian Dalam Negeri. 

Portal itu melaporkan, "ketika ditanya, sumber di KDN berkata mereka tidak tahu mengenai perkara itu. Syarikat telekomunikasi utama juga dilapor menafikan ketua-ketua mereka terbabit, menurut forum teknologi popular, LowYat.net," tulis media itu. - SoZPress.

Share this :

Previous
Next Post »