Nilai Drama Adaptasi Novel Semakin Buruk Kata Profesor.

Kecenderungan televisyen mengadaptasi drama daripada novel kegemaran ramai boleh membawa kesan buruk, kata ahli akademik.
Profesor Asiah Sarji berkata gejala ini menjadikan penonton “terperangkap” apabila nilai sesebuah telenovela “semakin buruk”, lapor Berita Harian.
Novel ringan dijadikan drama kerana penerbit mahu melariskan buku dan stesen TV pula mengejar penonton, kata pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.
Gambar Hiasan
“[Keadaan] ini yang menyebabkan kita terperangkap,” kata Asiah.
“Akhirnya, kita menyaksikan tahun demi tahun, nilai sesebuah telenovela semakin buruk sehingga ia sudah menjadi hidangan yang tidak lagi menyeronokkan jiwa.”
Beliau mencadangkan satu badan diwujudkan bagi memilih beberapa novel yang bagus untuk dijadikan drama, bukan sekadar karya pilihan ramai.
Dengan cara ini, kualiti drama dan penonton dapat ditingkat, kata pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM pada forum Buku ke Skrin di sini hari ini.
Portal itu bagaimanapun tidak menyebut karya-karya yang dianggap bagus.
Penerbit dan pengarah Shuhaimi Baba, seorang ahli ahli panel forum itu, menyarankan pengarah mencari tafsiran baru agar karya mereka bagus.
“Sukar mencari kepuasan intelektual dalam telenovela sebegini kerana ia hanya satu bentuk hiburan saja tetapi sebagai pengarah, mereka perlu mencari interpretasi baharu untuk ditampilkan kepada penonton supaya dilihat sebagai karya yang bagus,” katanya seperti dilaporkan.
“Penulis juga perlu mencari kelainan. Saya sendiri membaca Tuhfat al-Nafis dalam rangka menyiapkan naskhah terbaru dan persediaan sebegini sebenarnya sebahagian daripada peranan kita apabila terbabit dalam bidang ini.”

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »