Pasangan Ini Mencipta Sejarah Menjadi Perkahwinan Gay Pertama Di Malaysia.

Di Malaysia, LGBT bukan lagi perkara yang tersorok atau tersembunyi. Semakin ramai yang berani tampil mendedahkan kecenderungan seksual mereka terhadap pasangan sejenis secara terbuka terutamanya selepas meledaknya era teknologi maklumat dengan kewujudan media sosial dan portal-portal yang bebas dari pengaruh kerajaan.

Terbaru, pasangan sejenis yang membuka perniagaan di Tawau mencipta sejarah apabila melangsungkan perkahwinan secara adat dengan membuat deklarasi perkahwinan di Kuala Lumpur pada minggu lepas.


Lokasi perkahwinan tidak didedahkan kepada umum, bagaimanapun identiti pasangan sejenis itu dikenali sebagai Ivan Shing Yan yang berusia 28 tahun dan pasangannya Winson Hsu Wing yang berusia 26 tahun, lapor Suara Sabah.

Manakala Facebook Tawau pula mendedahkan pasangan itu menarik perhatian kerana membuka perniagaan di Tawau sejak tiga tahun lepas.


Perniagaan itu diberikan nama Ding Tea Cafe, jenama minuman dari Taiwan di Pusat Komersil Bintang Kuboto, Tawau. 

Kedua-dua pasangan mempunyai rupa paras yang menarik dan menawan bagaimanapun menerima kecaman dari netizens apabila perkara itu menjadi perbualan hangat di media sosial.



Rata-rata netizens yang mengulas isu berkenaan berasa marah dan mengecam perkahwinan tersebut. Video perkahwinan yang tular juga dipercayai telah dipadamkan apabila menerima kecaman bertubi-tubi sejak jumaat.

Menurut laporan Suara Sabah lagi, Ivan sebelum ini pernah berkahwin dengan pasangannya seorang wanita bagaimanapun perkahwinan tersebut gagal dan mereka akhirnya bercerai.

Meskipun telah selesai menjalani perkahwinan secara adat, pasangan itu belum lagi mendaftarkan perkahwinan mereka secara perundangan ini kerana Malaysia hanya mengiktirafkan perkahwinan di antara lelaki dan wanita dan tidak mengiktirafkan perkahwinan sejenis ataupun perkahwinan LGBT.

"Mereka belum fikir mahu mendaftarkan perkahwinan tersebut di negara mana lagi, " memetik kenyataan portal itu. - SoZPress.

Share this :

Previous
Next Post »