Patutlah Penyokong Kedah Tak Dapat Beli Tiket, Rupanya 'Orang Dalam' Dah Sambar Banyak-Banyak..

Presiden FAM luahkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) terhadap penyokongnya.

Kekecewaan itu diluahkan apabila Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapati ramai penyokong yang setia ke stadium pada setiap perlawanan tidak dapat membeli tiket final Piala Malaysia pada Sabtu ini.

 

Jelas beliau sebaliknya individu yang tiada kena mengena dengan bola sepak mendapatkan tiket melalui saluran tertentu.

"Saya dimaklumkan hingga 6,000 keping tiket telah ditempah oleh orang-orang tertentu di dalam Kedah FA. Saya amat kecewa dengan layanan Kedah FA terhadap penyokong mereka.

"Saya harap individu seperti ini tidak perlu berada di persatuan bola sepak. Lebih baik berundur sahaja dan bagi orang-orang yang layak yang mengutamakan penyokong dan dapat menjaga persatuan tersebut dengan tulus," katanya.




 
Rabu lalu, Stadium Darul Aman kecoh apabila sebahagian besar penyokong tidak dapat membeli tiket final antara Kedah bertemua Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dikatakan telah habis dijual.

Keadaan menjadi tegang apabila penyokong mempertikaikan jumlah tiket yang dijual sama ada di kaunter atau kepada pengurusan bas penyokong.

Susulan itu, penyokong telah membuat laporan polis serta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Tunku Ismail, situasi sebaliknya berlaku di Johor apabila beliau sebagai pemilik JDT menolak permohonan menteri besar semata-mata untuk memenuhi kehendak penyokong.

"Menteri Besar Johor memohon tiket sebanyak 1000 keping pun saya menolak permohonan tersebut. Saya hanya memberikan setakat 600 tiket sahaja.

"Saya juga dimaklumkan ada juga individu-individu di Johor yang cuba menjual tiket perlawanan akhir ini.

"Siasatan sedang dilakukan mengenai perkara ini. Sekiranya tidak berlaku Alhamdulillah tetapi jika didapati ia benar, bersedialah berjumpa dengan saya." tegas beliau.

Beliau turut menasihatkan individu tertentu supaya tidak mempolitikkan bola sepak kerna ianya milik rakyat.


Sumber : Mstar

Share this :

Previous
Next Post »