Pelakon Ditahan Selepas Dadah Ditemui Dalam Kereta.

Polis menahan seorang pelakon dan pengacara selepas satu tin berisi dadah jenis ganja ditemui dalam keretanya di Jalan Bukit Setiawangsa, di sini, Jumaat lalu lapor Berita Harian

Ketika diperiksa pada jam 1.30 pagi itu, suspek berusia 25 tahun berada dalam kereta jenis Honda Jazz di sebuah stesen minyak bersama seorang rakan berusia 25 tahun dan adik lelakinya yang berusia 21 tahun. 

Gambar - Google
Menurut sumber, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan terhadap suspek dan keretanya kemudian menjumpai satu tin aluminium di bawah kerusi pemandu yang berisi satu peket plastik lutsinar yang disyaki mengandungi ketulan ganja mampat seberat 5.97 gram. 

"Turut ditemui adalah satu botol plastik yang diubahsuai dipercayai peralatan untuk menghisap dadah jenis ganja. "Suspek bersama adik dan rakannya ditahan dan ujian saringan air kencing kemudian mendapati suspek positif dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol)," katanya. 

Pemeriksaan terhadap ketiga-tiga individu yang ditahan mendapati tiada rekod jenayah lampau. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kes itu.

Share this :

Previous
Next Post »