Sakan Bermesej Dengan Skandal, Lelaki Ini Terlanggar Anak Sendiri Yang Berusia 3 Tahun.

Oleh : Kisah Rumah Tangga

Admin, aku guna Facebook suami aku min. Tolong min. Aku sakit hati sangat dah ni. Aku nak luahkan perasan nak kecam, kecam la. Aku dah kahwin 10 tahun anak 4 orang. Hari ini laki aku kantoi yang dia ada betina lain. Kantoi kat hospital min. Masa bawak anak aku. Anak aku kena langgar dengan laki aku sebab dia tidak perasan anak aku kat belakang kereta.




Anak aku yang kena langgar tu 3 tahun. Puncanya sebab apa tau min? Sebab laki aku sibuk dok mesej dengan betina tu. Aku bawak anak aku masuk bilik doktor untuk check saringan lepas tu aku keluar aku tengok dia tengah dok bergayut dengan betina tu. Aku intai lepas tu aku nampak dia call orang yang bernama "ya" yang dia set kat telefon tu. 

Lepas tu aku mintak telefon dia bagi pulak tu. Lepas tu aku ambik nombor telefon orang yang bernama "ya" tu. Aku mesej orang tu dan dia seorang janda tua umur dah 40 an.

Lupa nak bgtau umur aku. Umur aku 31, suami aku 35. Aku mesej dia cukup-cukup. Dia mintak maaf janji tak kacau lagi.

Tapi aku bukan bodoh min. Balik je rumah aku terus ambik telefon laki aku dan aku ambik nombornya dan aku terus tukar wassap aku ke nombor laki aku. Rupa-rupanya siap bahasakan dirinya ma dan laki aku pa.

Aku mnyamar jadi laki aku. Janda tu siap menangis-nangis lagi sebab aku serang dia. Hati dia terluka min. Siap cakap nak bagi aku duit belanja. Ingat aku hadap duit dia ke?

Aku pun ada duit. Laki aku tu kerja tak tetap kejap-kejap berhenti. Siap nak jumpa malam ni min. Dasar janda tak sedar diri. Tak adil la kan aku marah dia seorang. Dengan laki aku pun aku marah. Aku halau dia. Bila aku tanya apa kurangnya aku. Dia cakap aku takde kekurangan. 

Sebab aku jaga luar dalam. Baju makan dia semua aku jaga. Aku tak tahan dah. Mintak sangat ko siarkan min. Sebab dia ada dalam group ni. Aku bagi mesej yang aku menyamar jadi laki aku tu. Korang nilaikanlah sendiri..

Share this :

Previous
Next Post »