Apakah Harga Yang Akan Dibayar Israel Jika Hamas Melakukan Intifada...

Oleh : Malaysia Military Power

Jadi Israel pindahkan ibu negara ke Baitul Muqadis?

Hamas anggap ianya sebagai pengisytiharan perang. Persoalannya mampukah Hamas menentang Israel?

Mari MMP perkenalkan Al Qassam unit tentera Hamas yang di takuti Israel.

Al Qassam menjalani perubahan drastik dalam organisasi dan kekuatan tempurnya hasil bantuan dan sokongan satu negara Islam ni yang enggan di kenali.

Al Qassam kini di organisasikan sama seperti sebuah angkatan tentera profesional. Dengan kekuatan 27,000 orang anggota infantri yang di pecahkan kepada 6 buah briged yang memiliki 25 battalion infantri dan 106 kompeni.

Dari jumlah ini sebanyak 2,500 merupakan unit elit Nuhba. Unit ini memiliki kepakaran khusus untuk menyerang jauh kedalam wilayah Israel.

Unit ini terpecah kepada Komando Laut yang melakukan penyusupan laut dan serangan amfibi, unit Komando Udara yang menyusup menggunakan paraglider dan juga unit khas yang menggunakan terowong bawah tanah.

Unit artileri roket Hamas, unit semboyan dan elektronik dan unit-unit khusus anti armor yang dilengkapi Anti Tank Guided Missile sangat terlatih dan berdisiplin.

Kesemua unit-unit Al Qassam di doktrinasikan dengan operasi penyusupan ke wilayah Israel. Command and Control Hamas terletak jauh di dalam terowong dan kubu bawah tanah yang sehingga kini masih gagal di kesan Israel.

Apakah harga yang akan dibayar oleh Israel jika Hamas bertindak melaksanakan Intifada?







Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »