“Ingat iPhone 8 Kau Tu Mahal Sangat? DSLR Aku Ni Harganya RM31,850 Tahu”.

Seorang jurugambar yang dikenali dengan nama Abd Jalil Jalil di Facebook menjadi tumpuan netizens apabila statusnya yang menegur seorang pengguna Iphone 8 menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.
Ini berikutan jurugambar tersebut agak terkilan dengan sikap individu itu yang dibayangkannya seperti tidak menghormati dan seakan berlagak kerana menggunakan telefon pintar yang mahal dan berjenama.
"Abang rasa semua photographer merasai apa yang abang rasa. Apabila kita ambik gambar family dan kawan-kawan dalam satu-satu majlis perkahwinan dan lain-lain. Kita akan menghadapi dilemma yang mana penyakit ini tak boleh dibendung langsung. 
Iaitu kamera HP yang mana Photographer jadi sasaran untuk buat kerja yang tidak ada dalam kontrak," katanya memulakan bicara.

"Hari ini kesabaran Abg teruji apabila ada seorang yang suruh abang shoot gambar dia bersama pengantin. Dia kata I.phone 8 dia ni mahal baru beli katanya. Pegang baik yer!! 
Lalu secara spontan abang JJ jawab. Maaf dik abang tak boleh lepaskan genggaman kamera ini. Yang abang pegang seerat-eratnya kamera ini satu set ini harganya rm31,500. Abang tak boleh pegang sebelah tangan. Takut-takut jatuh nanti kau suruh budak yang itu ambik gambar kau. Lalu terkedu dia," katanya.
"Kalau nak suruh orang shoot dengan HP berbudi bahasalah. Tak payah cerita kamera kau I phone 8 mahal ni pegang baik-baik yer, pui. Kadang-kadang kita kena ajar juga orang yang sebegini. 
Jadi harapan abang JJ pada semua Photographer sama-samalah kita hadapinya dengan bijaksana. Sekian cebisan rasa dari jurugambar lama. Abang JJ," katanya menamatkan bicara. - SoZPress.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »