Menteri Pendidikan Nafi Jamuan Guru Di Hotel Guna Dana PIBG.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membuat penjelasan berikutan sekolah yang didakwa mengadakan jamuan akhir tahun di hotel dengan menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sebenarnya dibiayai kutipan dalam kalangan guru sekolah berkenaan.

Berikutan itu, beliau menasihati agar masyarakat tidak menyebarkan dan melemparkan tuduhan terhadap guru-guru di laman Facebooknya.

"Saya dimaklumkan pihak guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Seri Putra, Kajang mengumpul dana dalam kalangan mereka sendiri untuk menganjurkan majlis tersebut.

"Selidik sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa dakwaan," katanya.


Beliau turut berpendapat bahawa guru-guru perlu dirai setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun dengan memberi didikan yang terbaik demi kejayaan pelajarnya.

"Penghargaan pula tidak terhad hanya pada Hari Guru sahaja, selain inisatif pelbagai pihak menerusi pelbagai cara dan kaedah," katanya.


Menurut sumber, Selasa lalu terdapat seorang lelaki yang tidak puas hati apabila jamuan akhir tahun yang dianjurkan guru diadakan di hotel.

Berikutan itu, terdapat dakwaan bahawa wang yang digunakan untuk mengadakan jamuan guru di hotel-hotel menggunakan dana PIBG.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan bahawa kebanyakan sekolah mempunyai kelab guru yang membolehkan mereka mengumpulkan dana untuk kegunaan sendiri.

Walaupun guru turut membayar yuran PIBG setiap tahun, katanya, ia tidak bermakna wang tersebut boleh digunakan untuk guru kerana setiap peruntukan perlu mendapatkan persetujuan ahli jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada ibu bapa.

“Bila ada kelab guru, mereka boleh ada bendahari sendiri untuk mengumpulkan sejumlah bayaran daripada guru-guru setiap bulan, untuk kegunaan khas seperti majlis perpisahan kerana guru berpindah sekolah dan persaraan termasuk jamuan akhir tahun.

“Sekolah tak ada peruntukan untuk semua itu, jadi mereka berusaha menggunakan dana sendiri. Kelab guru juga mempunyai akaun untuk simpanan dana, sekali gus memudahkan mereka mendapatkan sumbangan daripada pihak luar,” katanya. 


Sumber : Mstar

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »