Rawang Bypass - Jangan Berhenti Semata-Mata Mahu Selfie.

Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) telah dibuka kepada orang ramai seawal jam 6 pagi, pada 30 November lepas.

Pembinaan jajaran dua lorong sehala sepanjang sembilan kilometer (km) itu mampu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.
Jambatan yang mempunyai ketinggian 58.2 meter dari atas tanah itu merupakan jambatan tertinggi di Malaysia menyebabkan ramai penduduk sekitar lembah Klang tertarik untuk merasai pengalaman menggunakan jambatan itu.

Menurut pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), pengguna-pengguna yang melalui jalan tersebut, adalah dilarang sama sekali untuk berhenti di atas jambatan.

"Ia bagi memastikan keselamatan anda dan pengguna jalan yang lain," jelasnya.

Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menyusun kon bagi mengelakkan orang ramai berhenti di tepi jalan.




Para pengguna Rawang Bypass turut berpeluang menikmati permandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang.














Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »